Personal Class – Rosmina Karim
7 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini6 Ogos 2020 – Puan Rosmina Karim hadir ke PI Linggi untuk mempelajari cara-cara mendaftar di aplikasi MySejahtera, MySejahtera Check In (Pemilik Premis), Touch & Go eWallet dan menebus ePenjana RM50 melalui Penolong Pengurus PI Linggi iaitu Puan Norhapidah Mokhtar.
MySejahtera adalah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Kerajaan turut mewajibkan pemilik premis untuk mempamerkan QR Code MySejahtera Check In di premis masing-masing, yang memerlukan pemilik premis mendaftarkan perniagaan mereka di aplikasi. Selain itu, pengguna MySejahtera mendapat kelebihan untuk menebus bantuan ePenjana sebanyak RM50 melalui aplikasi eWallet Touch and Go, Boost dan Grab.
Antara yang dipelajari ialah, memuat turun aplikasi My Sejahtera di telefon melalui Google Play, cara memasukkan butiran diri dan membuat pengesahan nombor OTP, memahami fungsi yang terdapat di dalam aplikasi tersebut, mengemaskini penilaian status kesihatan diri. Bagi My Sejahtera Check In (pemilik premis) pula, belaiu diajar tentang cara mendaftarkan perniagaan di laman web My Sejahtera Check In seterusnya memuat turun QR Code yang diberi dan mencetaknya. Untuk Aplikasi eWallet (Touch & Go) dan ePenjana RM50, Puan Rosmina diajar cara mendaftar dan menebus bantuan eWallet ePenjana tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: